Ditubuhkan untuk menjadi penggerak dan penghubung antara masyarakat, kerajaan dan rakan kemanusiaan.
— TENTANG KAMI
Kepedulian yang diterjemah melalui tindakan.
Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia (Malaysia Peduli) ialah sebuah NGO yang berdaftar secara rasmi pada 23 Mac 2015. Kami menjadi penggerak dan penghubung antara agensi kerajaan, masyarakat dan rakan strategik untuk menyelesaikan permasalahan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Meneruskan khidmat bakti untuk kesejahteraan sosial.
Segala pujian kepada Tuhan semesta alam dan selawat dan salam kepada junjungan Rasul SAW. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersua pada tahun 2024.
Meneruskan khidmat bakti, jasa dan budi kepada masyarakat, Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia terus mengorak langkah sebagai peneraju kecemerlangan unggul bagi pembangunan kesejahteraan sosial.
Kami berharap usaha bersama pihak Kerajaan, agensi, NGO dan entiti lain dalam menangani isu kebajikan serta pembangunan rakyat Malaysia mendapat sambutan baik. PKKM berhasrat melaksanakan lebih banyak program untuk membantu golongan miskin bandar dan luar bandar dalam aspek pendidikan, kesihatan keluarga dan kesejahteraan hidup.
Noor Sham Binti Abu Samah
Pengerusi
Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia
— Arah perjuangan
Visi, misi dan objektif
Visi
Memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak, wanita, keluarga dan golongan B40 di dalam dan luar negara.
Misi
Menjadi badan kebajikan komprehensif melalui bantuan kemanusiaan, pendidikan dan pembangunan sosioekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga.
01
Bekerjasama dengan kerajaan, swasta dan badan sukarela untuk membantu masyarakat mengatasi masalah sosial dan ekonomi.
02
Melengkapi usaha kerajaan dalam kebajikan dan pembangunan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan negara.
03
Bergabung dengan badan antarabangsa dan rantaian sah yang mempunyai matlamat sama.
04
Menganjurkan dialog, pertemuan dan bantuan sara hidup bersama agensi kerajaan.
05
Menggalakkan pembangunan insan dan sosioekonomi mampan untuk masyarakat setempat.
— TERAS PERTUBUHAN
Nilai yang menjadi kekuatan kami.
01
UNITY (PERPADUAN)
Mengeratkan hubungan antara pihak Kerajaan Negeri dan masyarakat dalam dan luar negara.
02
TRUST (AMANAH)
Menyalurkan bantuan kepada orang ramai dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
03
SHARE (KONGSI)
Membina kerjasama di antara NGO-NGO dalam dan luar negeri.
— Nilai teras
Bergerak bersama, berkhidmat dengan hati
Perpaduan
Menghubungkan komuniti, kerajaan dan rakan strategik.
Amanah
Menyalurkan bantuan dengan tanggungjawab dan ketelusan.
Kongsi
Menggerakkan kerjasama NGO dalam dan luar negara
— LESEN & PENDAFTARAN
Pengesahan rasmi pertubuhan.
Malaysia Peduli berdaftar sebagai Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia di bawah Pendaftar Pertubuhan.
PPM-003-10-13042015 Taraf Pertubuhan: Negeri Alamat berdaftar: No. 8 Jalan 3/37, BTP 3 Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor